Apabila berlakunya kematian, perkara utama yang perlu diuruskan adalah menguruskan harta pusaka Si Mati. Proses menguruskan harta pusaka sebenarnya tidaklah mengambil masa yang lama. Namun, kelewatan biasa adalah disebabkan waris-waris tidak ada maklumat penuh berhubung dengan Senarai Aset Si Mati, Senarai Liabiliti dan juga Waris-Waris tidak sukar mencapai persetujuan bagi perlantikan Pentadbir Harta Pusaka.

Akta berkaitan dengan Pengurusan Harta di Malaysia adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Akta Wasiat 1959, Akta Pembahagian 1958. Pada asasnya, samada Muslim ataupun Bukan Muslim, proses pengurusan Harta Pusaka adalah sama sahaja. Bezanya, sekiranya waris-waris Si Mati Muslim yang berhasrat untuk membahagikan Harta Pusaka secara Faraid, maka Waris perlu mendapatkan Sijil Faraid di sana. Pada masa sama bagi Waris simati bukan Islam yang meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 turut perlu mematuhi proses yang sana seperti berikut:

1 ) PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR ; dan

2) PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA & PERLETAKHAKKAN

SURAT KUASA MENTADBIR

Permohonan ini bertujuan untuk melantik Pentadbir bagi menguruskan Harta Pusaka Si Mati. Perlulah difahami bahawa konsep dan kuasa Pentadbir adalah sekadar menguruskan Harta Pusaka Si Mati dan bukannya Pentadbir ini memiliki Harta Pusaka Si Mati. Dalam setiap keadaan, pentadbir perlu mendapatkan persetujuan daripada Waris-Waris Kadim yang lain dalam sebarang transaksi Harta Pusaka Si Mati. Apa-apa transaksi tanpa persetujuan dan kebenaran Waris-Waris adalah terbatal dan tidak sah. Sesiapapun boeh menjadi Pentadbir tertakluk kepada persetujuan waris-waris dan jumlah maksimum Pentadbir adalah Empat (4) orang (Seksyen 4 Akta Probate dan Pentadbiran 1959). Sekiranya ada kepentingan minor, maka sekurang-kurangnya Dua (2) orang Pentadbir dilantik.

Pentadbir Harta Pusaka bertanggungjawab membayar hutang dan liabiliti Si Mati selari dengan Seksyen 69 Akta yang sama. Di dalam kes Chin & Seng Realty Sdn Bhd v Lee Choy (2006) 5 MLRH 402, Mahkamah menyatakan bahawa Pentadbir bertanggungjawab membayar hutang Si Mati menggunakan aset Si Mati kerana hutang tersebut adalah hutang yang sah terhadap si Mati. Selain itu haruslah difahami, Pentadbir tidak mempunyai milikan penuh terhadap Harta Tak Alih Si Mati. Pentadbir hanya memegang Harta tersebut atas kapasiti Pentadbir Amanah sahaja. Ini adalag seperti yang dinyatakan di dalam kes Pang Kim Moi @ Fan Thim Sim v Pang Ah Kian [1997] 6 MLRH 375.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *